Mitos Tentang Madu


Masih ada pandangan yang salah atau keliru tentang kualiti madu . Ada yang menganggap bahwa madu yang baik adalah yang menimbulkan letusan ketika penutupnya di buka atau yang tidak dikerumuni semut. Sebenarnya madu tersebut telah rosak terfermentasi (menapai) oleh enzim dan menyebabkan terjadinya gas dan alkohol itulah sebabnya semut tidak mahu mendekatinya.


Pengguna perlu berhati-hati kerana terlalu banyak pemalsuan madu dipasaran sekarang. Penipuan ini bertujuan untuk mengaut keuntungan yang maksimum. Caranya ialah dengan mencampurkan sedikit madu asli dengan gula tebu atau gula merah dan ditambah asid sitrik untuk rasa masamnya serta enzim untuk menimbulkan kesan. Juga ada penjual yang mencampurkan sedikit telur untuk menghasilkan kesan buih diatas permukaan madu yang menyebabkan madu palsu tersebut seakan akan madu asli.


Namun banyak juga mitos tentang cara-cara untuk menguji madu samaada asli atau tidak. Antaranya ialah:

  • Tuangkan air putih (air jernih) dalam sebuah bekas. Piring atau mangkuk. Sebaiknya yang tidak bergambar supaya hasilnya nampak jelas. Masukkan satu sudu madu ke dalam air tersebut. Goyang-goyangkan perlahan-lahan piring tempat di mana air dan madu ditampung, sehingga madu yang ada di dalamnya menyebar. Jika madu tersebut asli, akan terlihat benang-benang berwarna kuning yang bentuknya menyerupai sebuah sarang lebah (heksagonal). Kalo madunya palsu, misal terbuat dari gula, tentu tidak akan membentuk sarang lebah.
  • Simpanlah madu didalam peti sejuk madu yang asli tidak akan beku walau disimpan dalam freezer peti sejuk berbulan-bulan.
  • Madu asli akan menyebabkan menyala ketika dibakar dengan mancis, telur bisa matang, tidak merembes ketika dititis pada kertas.
  • Madu asli tidak akan dihurung oleh semut.
  • Apabila dititiskan diatas permukaan pepejal (contoh kaca) madu tidak akan pernah kering walaupun dijemur berhari-hari. Begitu juga bila kita menyapu madu di telapak tangan, maka madu tidak akan pernah kering dan hilang kecuali bila dicuci.
  • Permukaan madu mempunyai buih-buih halus, Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.

Kesahihan akan mitos-mitos di atas adalah diragukan. Tapi pembaca bolehlah mencuba pendekatan-pendekatan tersebut atas risiko sendiri.

Secara ilmiah, cara untuk mengetahui keaslian madu adalah dengan menggunakan alat yang disebut dengan hidrometer atau aerometer. Menurut piawaian perdagangan antarabangsa, madu asli paling banyak hanya boleh mengandung air kurang lebih 17,4 % hingga 18 %. Kalau kandungan airnya melebihi 18 % maka madu akan mengalami fermentasi kemudian rosak. Cara pengukurannya adalah : hidrometer dicelupkan kedalam madu pada suhu 20 C sampai batas angka 1,4212 (sesuai dengan berat jenis madu pada kadar air 17,4%). Setelah itu kemudian dilepas dan diperhatikan. Bila alat tersebut timbul lagi keatas, bererti madu tersebut memiliki kepekatan lebih tinggi dan kandungan airnya adalah sesuai dengan keperluannya. Atau dengan kata lain madunya adalah asli. Sebaliknya bila alatnya tenggelam lebih dalam, bererti kandungan airnya lebih tinggi dari 17,4 % atau 18 %. Maknanya kadar airnya lebih banyak dan tidak sesuai dengan katanya madunya tidak asli.

Berdasarkan cara diatas maka semakin sedikit kandungan air yang terdapat dalam madu akan menyebabkan molekul madu tetap stabil dan tidak pecah. Pada dasarnya, sifat semut suka pada yang manis-manis, termasuk rasa manis yang ada pada madu. Namun, semakin kental madunya (kadar airnya sedikit) semakin sulit bagi semut untuk mengesan lokasi rasa manis madu tersebut kerena molekul yang ada di dalam madu tetap utuh, tidak pecah. Sebaliknya, bila kadar airnya tinggi (di atas 20%), maka semut mudah menghampiri.

Selain itu pada madu asli, selain rasa manis terdapat juga kandungan asid yang mana madu asli memiliki kadar keasidan (pH) sekitar 3,4 – 6,1. Alat polarimeter dapat pula digunakan untuk mengetahui keaslian madu. Madu asli secara optik akan memutar ke kiri, sedangkan madu palsu akan memutar ke kanan.

Akhir kata, belilah madu asli dari pengeluar yang boleh dipercayai dengan kreadibilti serta reputasi yang tinggi. Elakkanlah membeli dari penjaja di tepi jalan atau dipasar-pasar malam.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails