Kandungan Madu


Madu adalah makanan yang mengandung pelbagai nutrien seperti:

  1. karbohirat
  2. protein
  3. asid amino
  4. vitamin
  5. mineral
  6. dekstrin
  7. pigmen tumbuhan
  8. sebatian aromatik


Bahkan dari hasil penyelidikan nutrisionis dan pakar pemakanan, madu mengandung karbohidrat yang paling tinggi diantara produk ternak lainnya susu, telur, daging, keju dan mentega sekitar (82,3% lebih tinggi) Setiap 100 gram madu asli bernilai 294 kalori atau perbandingan 1000 gram madu asli setara dengan 50 butir telur ayam atau 5,675 liter susu atau 1680 gram daging. Dari hasil penyelidikan terbaru ternyata zat-zat atau sebatian yang ada didalam madu sangat kompleks yaitu mencapai 181 jenis.

Madu memiliki komponen kimia yang mempunyai kesan koligemik iaitu asetilkolin. Asetilkolin berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Gula yang terdapat dalam madu akan terserap langsung oleh darah sehingga menghasilkan tenaga secara cepat bila dibandingkan dengan gula biasa.Disamping kandungan gulanya yang tinggi (fruktosa 41,0%; glukosa 35%; sukrosa 1,9%) madu juga mengandungi komponen lain seperti debunga dan pelbagai enzim pencernaan. Disamping itu madu juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium, besi, juga garam iodine bahkan radium. Selain itu madu juga mengandung antibiotik dan pelbagai asid organic seperti asid malat, tartarat, sitrik, laklat, dan oksalat. Kerana itu madu sangat tinggi sekali khasiatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails