Madu merawat Luka


Madu boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Satu kaedah merawat penyakit dengan madu ialah perawatan luka terutama pada pesakit kencing manis. Cara paling mudah ialah luka yang ataupun kudis berkenaan hendaklah dibersihkan dahulu dengan menggunakan kapas yang telah dicelupkan dalam air suam.

Buangkan segala kekotoran pada luka berkenaan. Setelah dibersihkan, sapukan madu asli (yang diyakini asli contoh seperti Masad Gold) pada luka berkenaan.

Kemudian baluti luka berkenaan dan diikat supaya tidak terbuka. Ulangi kaedah ini setiap hari. Insya Allah luka berkenaan akan sembuh. Lakukan dengan sabar kerana ia akan ambil masa kurang - kurang 40 hari untuk lihat kesannya.

Madu telah diuji dimakmal dapat membunuh pelbagi jenis kuman yang merbahaya untuk luka terutama luka pada pesakit kencing manis. Perkara yang penting perlu pastikan keaslian madu, berusaha dengan sabar dan berdoa kepada Allah s.w.t. Madu hanya penyebab, kuasa penyembuh adalah daripada Allah s.w.t.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails